AKTIVITI PENYELENGGARAAN

Pada 9/07/2019 satu aktiviti telah dilakukan dalam sebuah makmal ICT. Aktiviti ini dilakukan melibatkan pelajar dan guru. Aktiviti ini lakukan di bilik kawalan server & CCTV. Bilik tersebut adalah bekas bilik server pada 2015 tapi kini tidak lagi disebabkan mempunyai masalah yang tidak dapat dielak dan blik tersebut digantikan sebagai bilik cikgu berkongsi dengan bilik modem. aktiviti ini dilakukan untuk membuat penyelenggaraan untuk memastikan rangkaian dapat berfungsi dengan lancar. Hal ini kerana unit ICT tidak mempunyai sambungan rangkaian sejak kebalakang ini .. ini mengakibatkan pelajar dan guru sukar untuk membuat sesi pembelajaran yang menggunakan internet.

Penyelengaraan bermula dengan pemerhatian secara visual kawasan bilik ,peralatan rangkaian dan alat sambungan rangkaian. kawasan bilik diperhatikan dengan cara melihat kedudukan peralatan rangkaian. Pemerhatian rangkaian pula dengan cara memeriksa keadan sesuatu peralatan rangkaian seperti modem diperhatikan dari simbol pada depan modem yang mengeluarkan cahaya LCD bewarna putih, manakala sambungan rangkaian pula diperhatiakan dengan cara menguji sambungan kabel RJ45 menggunakan cable tester.


Ketika  penyelenggaran dilakukan didapati kawasan modem, swicht dan UPS tersebut dalam keadan yang tidak baik. kawasan tersebut kotor dan berhabuk. kawasan tersebut dibersikan dan peralatan rangkaian turut dibersikan. pemeriksaan peralatan rangkaian didapati modem tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan simbol wifi pada modem tersebut tidak bercaya. ini bermakna modem tersebut tidak lagi digunakan. Bukan itu sahaja,swicth dan UPS turut tidak hidup. Pemerhatian alat sambungan rangkaian masih boleh digunakan dengan baik.ini bermakna kabel tersebut masih boleh digunkan.

Peralatan yang tidak berfungsi telah digantikan dengan yang baru dengan membuat permohonan kepada pengarah kolej vokasional dan diluluskan. kos yang diperlukan bagi menggantikan perlatan
tersebut lebih kurang 500 ringgit. penghantar barang peralatan rangkaian tersebut mengambil masa 2 minggu. hal ini melambatkan penggunaan sambungan rangkaian.

Sampai sahaja peralatan rangkaian tersebut. pemasangan terus dilakukan dengan cara menyambung peralatan tersebut dengan betul dan dikonfigura untuk modem dapat memberikan internet dan sambungan rankaian. apabila sambungan rangkaian dapat bermakna sambungan rangkaian sudah berjalan dengan lancar. pelajar dan guru dapat menikmati internet hasil kerja kerjsama guru dan pelajar.

























Ulasan

Catatan Popular